Warning!!! This is a personal blog owned by a-girl-not-yet-a-woman, so she's a lady. She has her own view about the world. Please ignore the words-spelling-sentences-grammatical error that girl (I) used. If you want to copy any links, topics, pictures just let me know and link it back here. Thank you.
Showing posts with label Religious Talk. Show all posts
Showing posts with label Religious Talk. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

3 pointss

Assalam, tadi ade 3 points nk smpai , dgn pnoh jiwa aku tulis psl life n life n life n friendship...tp nti lahhh... cume isi penting die ini jee.... heeee :) enjoy reading



Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)




Allah Answers your prayers in 3 ways:



He says YES and gives it to you



He says NO and gives you better



He says WAIT and gives you the best





ALLAH SAYS IN THE HOLY QURAN:





Allah is with Those Who Patiently Persevere (Saabireen)





[2. Surah Al-Baqarah : Ayah 153]



"O you who believe! seek assistance through patience and prayer; surely Allah is with the patient."




Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam

perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan

kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..





Wednesday, January 25, 2012

my lover.... d love of my live :)

I luv Him....

He alwiz called me 5 times a day, now I want to call him 2-3 times per day....

Ya Allah grant me with ur strength n bless.

Him=He=Allah

He called me when Subh, Zuhr, Asr, Magrib, Isya'..... I luv himmmmm

SO, I called Him during Dhuha, tahajjud, taubat, tasbih...... Allahuakbar!!!

Astagfirullahalazim

Subhanallah

Alhamdulillah

Allahuakabar

La ila haillallah

...................................

Thursday, April 21, 2011

bangkit2!!!!!

“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” (Surah al-Mukminun: 62)


“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

Alhamdulillah.............segala puji Tuhan sekalian alam............

Believe in urself
Be calm

Alhamdulillah........bangkit n trus maju!!!!!!!!!! amin....

Btolla kt org klu ko nk ngis air mata drh skali pn xgne..........
Ade org lain lg susah dr kte............
So, bsyukurlah dgn ape yg ade..........
Who knows it;s d best 4 u.............


p/s: buhsannye, ngntuknye, ....bila nk ngemas ni? nti kne wat correction thesis pula! huhu....hoyeah!!! just go wif d flow

Saturday, January 8, 2011

3 K.....~_~

Hidup kita pasti berputar antara huruf "K". Dari kanak-kanak hinggalah ke dewasa. Sekadar amik 3K sahaja.Mungkin ramai penah mendengar 3K. Sebutan yg sama tetapi berlainan tafsiran.3K yang biasa didengar berkaitan pertandingan "Kebersihan ,Keceriaan & Keselamatan" di peringkat sekolah.




Fasa hidup ini pasti akan melalui 3K.



Zaman kanak-kanak



KERIANGAN - kanak-kanak kesemuanya akan bersuka-ria dalam kehidupan mereka tanpa ada rasa sedikit kerisauan.



KESUKAAN - Mereka bebas melakukan apa saja yang disukai.



KASIH SAYANG - umur sebegini amat memerlukan kasih sayang. Mereka akan melakukan sesuatu supaya penumpuan ibubapa kepada mereka. Jika ibubapa tidak memberi tumpuan, mereka merasakan diri mereka tidak lagi disayangi. Umpamanya, tatkala mereka baru mendapat adik. Pastinya ibubapa lebihkan adiknya berbanding diri mereka.Waktu sebeginilah mereka merasakan disisihkan.



Zaman Remaja



KAWAN- Usia remaja merupakan usia mencabar. Segala-galanya adalah kawan. Usia sebegini adalah usia untuk memperbanyakkan kawan segenap usia bagi membolehkan dirinya dianggap sudah dewasa. Kata-kata dari kawan lebih dituruti daripada kata-kata orang tua atau daripada ibubapa. Usia remajalah, ramai yang terjebak dalam kancah dadah, lepak, pil khayal, hedonisme dan lain-lain. Jika tersalah memilih kawan. Itulah padahnya. Jika bijak memilih kawan, pasti, ia akan membantu ke arah kejayaan.



KETAHANAN - Usia remaja, ramai remaja menunjuk ketahanan mereka di jalan yg salah. Mereka menunjukan ketahanan mereka di jalanraya dengan merempit. Parut-parut luka itulah tanda mereka mempunyai daya ketahanan dan lasak. Ketahanan yang sebenar adalah kemampuan menangkis ajakan jahat yg boleh membawa kepada kebinasaan. Ketahanan yang tidak kenal penat demi mencapai kejayaan .



KERJASAMA - Kerjasama didalam sesuatu hal boleh dilihat seusia begini. Kerana daya juang yang tinggi. Tak mengenal erti kalah. Seiring dengan darah muda. Amat bermakna jika kerjasama ini di dalam menongkah arau pengajian sehingga menara gading. Akhirnya sama-sama mengecap kejayaan yang diimpikan.



Zaman Dewasa



Selepas mengecap kejayaan di alam pengajian. Kita akan teruskan perjalanan hidup ini dengan "K" yang seterusnya.



KERJA - semua orang akan mencari kerja selepas letih berada di alam persekolahan atau selepas berjaya mendapat skrol. Cuma berbeza, sama ada bekerja di dalam kerajaan, swasta atau sendiri. Pastinya permulaan bekerja,kita akan menggunakan segenap penjuru bantuan dari keluarga.sama ada dari segi kewangan atau material. Selepas berjaya mengatasinya.



Kita akan berhajat untuk membeli KENDERAAN sendiri bagi memudahkan urusan seharian samada ia motosikal atau kereta.



Apabila kehidupan stabil, pasti kita berhajat untuk mempunyai KEDIAMAN sendiri.



Tatkala 3K tersebut tercapai.Kita akan berselesa untuk meneruskan langkah seterusnya di dalam menyempurnakan alam kehidupan ini dan mengharapkan kembalinya kita kelak sebagai Hamba yang diredhai.



"Hai jiwa yang tenang tenteram (muthmainah)! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai! Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku."



(Al-Fajr: 27-30)



sumber sini

Friday, August 27, 2010

Salam Nuzul Quran

Alhamdulillah, we r still here in this barakah Ramadan...^_^

Hope the as-siam (puasa), qiam, & tadarus al-Quran are still standing side by side !



What a hectic life I had during this rmdn esp d past week.....exms, presentationssss, research n research again, asgmts.....quite a relieved after had gone thru those hard days....alhamdulillah....

Seems I am so "Rajin" to blog...i wanna wish all of Muslims out there, salam nuzul quran & it's not too late to fill our nights n days wif ibadah.......coz in these months u;ll b rewarded "berbaloi-baloi".

Here some check list 4 rmdn kareem @ muhasabah diri:

--> our siam (puasa), menahan lapar n dahge shj or mnhn sme2 tmsuk hati & so on

-->our tadarus quran, if 17 rmdn means u r now @ juzuk 17....or more??

-->our qiam, how about solat tahajud , terawih n so on?? not to 4get....wajib prayers too!!


Ya Allah, smoge dpt btemu dgn Ramadan lagi nanti! smoge aku dpt khatam Quran Ramadan ini! smoge dipermudahkan segala urusan2 ku....amin ya rabal alamin....

Monday, June 14, 2010

SOLAT TIANG AGAMA!

As I promised, nak buat blog ni jdk ilmiah c-ket..hehe, cket je la tmampu~
Nak ckp psl SOLAT! sebab ape? sbb solat kan tiang agama!!! Cube tgk kt luar sane mcm2 gejala so-sial kan?? isu dadah, rompak, rasuah, buang bayi, & mcm2 lagi la. Pastu xabis2 nk tuding jari kt krjn, parents, environment....haishhh, ini tanggungjawab semua ok! So, mari kte sume reflex blk diri kite, muhasabah diri~

Ni, bhn bukti psl solat yg aku jumpe!~  sbhgn dr JAKIM & others blog, byk psl hadith2 laa


Kepentingan Menjaga Solat

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”


Riwayat at-Tirmidzi

Huraian
i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya.
ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya.
iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar):” Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.”

Menyegerakan Solat Subuh

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Segerakanlah solat subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang-orang kafir tengah bersujud kepada matahari.”


Riwayat Muslim


Huraian
i) Solat fardhu wajib dilaksanakan dalam waktunya. Ia tidak boleh di tinggalkan sama sekali dalam apa jua keadaan sekali pun kerana meninggalkan solat termasuk dalam dosa-dosa besar sehinggakan dalam keadaan sakit yang tenat (teruk) sekali pun di mana jika hanya mata sahaja yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan juga iaitu dengan menggunakan isyarat mata..
ii) Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di awal waktu kerana di akhirat kelak, perkara yang pertama sekali disoal oleh Allah S.W.T adalah mengenai solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalan-amalannya yang lain.
iii) Seorang muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya. Contohnya bersolat Zohor apabila sudah hampir sampai waktu Asar, solat Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah terbit (subuh gajah) tetapi berusaha memperbaiki solatnya agar menjadi lebih sempurna bukan sahaja dikerjakan dalam waktunya tetapi dikerjakan secara berjemaah sama ada di masjid atau surau dengan menjaga kekusyhukannya, bacaannya serta rukunnya dan mengambil wudhu' secara sempurna.
iv) Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh


Cara Solat Rasulullah s.a.w

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Apabila rasulullah s.a.w berdiri untuk rakaat kedua baginda terus membaca Fatihah tanpa diam terlebih dahulu sebentar.”


Hukum Meninggalkan Solat Wajib

Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:” Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”

Riwayat al-Bukhari

Huraian
1. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
2. Solat merupakan tiang agama.Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna ia telah menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna ia telah meruntuhkan agamanya.
3. Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.
4. Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera bertaubat dan mengqadha’ solatnya yang tertinggal itu.


Ni hadith2 yg aku jpe kt blog org:


1. Abu Hurairah menceritakan menceritakan bahwa beliau mendengar Rasulullah s.a.w sekali bertanya pada sahabatnya,"Adakah kamu percaya bahwa kotoran melekat pada tubuh seorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?" Jawab para sahabat,"Tidak,kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya." Sabda Rasulullah s.a.w,"Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali pada sehari.Dengan limpah rahmat ALLAH,ia menghapuskan segala dosa.


2. Abu Zar r.a meriwayatkan bahwa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".


Biasanya di musim daun-daun gugur,lebatlah daun-daun gugur dari pohonnya sehingga pada setengah-setengah pohon tak ada sehelai daun pun yang tinggal>begitulah kesannya solat yg dilaksanakan dengan penuh khsyuk dan tawaduk.Segala dosa yg dilakukan oleh seseorang yg bersolat adalah dihapuskan.Bagaimanapun hendaklah diingat menurut ahlul kalam hanya dosa-dosa kecil saja yg terampun dengan solat.Dosa-dosa besar tidaklah terampun tanpa bertaubat.


Oleh itu,patutlah kita,disamping bersolat,jangan lupa beristighfar dan bertaubat.Semoga ALLAH s.w.t dengan limpah rahmatNya,mengampun juga dosa-dosa besar yang terlaku oleh seseorang berkat solatnya kerana ALLAH.

3. Hafiz ibn Qayyum menulis bahawa solat menjamin nafkah harian,menyihatkan kesihatan badan,menghilangkan penyakit,meneguhkan hati,memberi cahaya cahaya dan kecantikan pada wajah,menggembirakan ruhani,menyegarkan tubuh badan dari rasa malas,melegakan fikiran,memberi makanan ruhani,mencerahkan hati dan menjamin keredhaan ALLAH s.w.tIa menjadi pelindung pada hari Qiamat.Ia menjauhkan syaitan dari kita untuk mendekati ALLAH s.w.t.Pendek kata solat adalah satu jaminan bagi segala yang diidam-idamkan dan satu benteng bagi segala yang tidak diingini untuk jasad dan ruhani- sama ada di dunia maupun di akhirat.


"Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam ibadatmu), kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan.
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Al-Israa' : 22-23)

Alhamdulillah ya Allah, Engkau kurniakan aku, nikmat ISLAM, IMAN, & IHSAN. Now, I missed learnt all d Islamic subjects & arabic !!~

Saturday, January 23, 2010

A.D.A.B. .B.E.R.J.I.R.A.N.




Adab berjiran!!!~~

Sebelum kte ckp psl adab bjiran, pe kate kte tgk dlu adb prgaulan. ( Aku amk dr web JAKIM tp aku edit2 la sket, ikut cte rs i...hehe)

1. Adab pergaulan

Berbicara dengan orang perseorangan atau awam sama ada secara langsung atau melalui tulisan, media cetak mahupun elektronik dan lain-lain mempunyai tatacara dan adab yang tertentu.

Setiap perbicaraan yang keluar daripada seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta perangainya. Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah merupakan ibadah yang besar pahalanya.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:
Daripada kebaikan iman seseorang ialah meniggalkan apa yang tidak bermakna bagiya.'
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

Orang yang tidak memperkatakan sesuatu yang tidak berfaedah baginya merupakan tanda kejayaan hidupnya sebagai seorang mukmin.


Allah S.W.T. berfirman:

Maksudnya:
'Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.'
(Surah al-Mukminun : 1-3)

Abdullah ibnu Abbas r.a. mengatakan: 'Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam.

Pertama: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat daripada dosa.

Kedua: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.

Ketiqa: Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga dengan orang yang berperangai buruk sebab orang yang sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu.

Keempat: Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya.

Kelima: Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan. (Ibnu Abi Dunya).

Oleh itu kita harus menguasai lidah kerana seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina disebabkan lidahnya yang tidak terkawal. Orang yang berbicara tanpa kawalan akan kehilangan arah. Atas keprihatinan ini, Islam menggariskan tatacara dan adab berbicara agar umatnya sentiasa berada dalam lingkungan keredhaan Al
lah.



2. Pertuturan Dalam Pergaulan

'Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman,Dan(ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.'
(Surah al-Hujurat:11)

Maksudnya:
'Wahai orang yang beriman! Janganlah kebanyakan daripada sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)sudah tentu kamu jijik kepadanya. (patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah Penerima taubat,lagi Maha Mengasihani.'
(Surah al-Hujurat:12)

Maksudnya:
'Perbuatan memaki hamun seorang mukmin merupakan perkara fasiq dan perbuatan memeranginya hukunmya kufur'
(Riwayat al-Bukhari)

3. Berhikmah

Banyak ayat al-Qur'an yang menyuruh manusia supaya mengungkapkan percakapannya dengan cara sopan dan berhikmah supaya kata-kata mereka itu mendapat perhatian dan tidak menyebabkan orang lari daripada mendengarnya. Allah S.W.T. memberi garis panduan kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya bercakap dengan cara yang paling lembut.

Firman AllaLh S.W.T:

Maksudnya:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (tentang kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang yang bertawakkal kepada-Nya.'
(surah Ali-Imran : 159)

AI-Quran juga memerintahkan umat Islam supaya menolak dan mencegah keburukan dengan cara yang terbaik.


Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya:

Tidaklah sama antara kebaikan dengan keburukan itu maka cegahlah keburukan dengan cara yang terbaik...'
(Surah Fussilat : 34)



sekadar gmbr hiasan ^_^
ok, d point I want to highlight here is adab bjiran. This included "jiran2" esp among houses area, hostels, roommate, & so on & so forth. Plz respect others, as u wanted them 2 respect u. huhu, as I assume all of u hv read above facts. So, plz2, RESPECT UR NEIGHBOUR = jiran cubemate, rumet, hsemate, housing area, jiran2 bwh ats (klu duk umh xde tnh).....Actually, there's more adab for jiran such as, dont tune ur radio volume loudly, shouting, ignoring each others & bla3x....
This adb pgaulan also can be applied for friendsip too~~
Ok, dun want to babble too much....

Monday, January 11, 2010

Dont Judge a book by its cover..

ok, br aku pasan, title post aku since this new yr, sme nye -ve. hehe
ok2, straight to d point.
Dialog ni xde kne ngene kpd sp2 yg idup, atau pn mati, skdr rnungan b;same2.
O : weh, aku nk kawen dgn bdk uni tu laa
X: ape?? ko xmo kawen dgn dak uia ke?
O: alah, sm je uia ke x, yg pting b;agame.
X: yelah, tpkan, bdk uia kan lg baik, bgus, jg sme2.
O: mmg la, aku xckp bdk uia jht pn. tp cbe ko tgk geng tuh, kunun2 islamic, tp g dating tiap2 ari.
X: dh ko compare dgn dak cmtu, cbe crk yg baik sket
O: eh2, mmg la nk cr yg bek. (smbil dlm ati bmonolog, xsmstinye uni laen tu jht, dont judge ppl by their envrmt)
X: xpela klu ko ckp cmtu, tp aku nk cr yg b;agme.
O: bistu aku xnk crk yg b;agme ke???
the end.
tu hnyelah dialog rekaan smate2. ok br2 ni aku tbk page sorg kwn, dlu skol agme. awek nye pn 1 skola kot, tp fuyyoooooo gmbo, siap ade kiss2 lg (huk3x) tbe2 t;pk, klu lah si X kt ats td nk crk sgt dak uia, die nk crk yg cmne ek? & uni len tu xbgus ke? huhu, wondering. aku slalu pesan kt diri jgn la kte judge org mlalui luaran je. kdg2 ape yg kte npk tu xsm dgn hati mrke.
sbb aku ade pglmn ms skolah dlu, ade 1 mbr ni pki tdung, n 1 lg freehair. maklumla skolah ptg woo, kne la smyg kt skola. yg pki tdung ni klu ajk g smyng, ooohh dh smyg la td. (smbil lam ati aku, azan br je, ble plak laa yg die g smyng.??) klu yg freehair ni, pantang diajk, msti g. well, alhamdulillah, aku gmbire skrg die dh pki tdung :-)
Konklusinye di cnie, jgnlah kte mhukum org tu, smate..ohhh die skola tu la dlu, oohh die uni tu laa, ooohh fmly die mmg gtu, n bla3x......sile igt"iman xdpt diwarisi". so, xsmstinye fmly die xbek or ape, die pn sm....lg 1, plz stop judging ppl!!!!! kte bkn Tuhan nk kt org ni jht, trok sme. sdgkn kte pn makhluk Allah, yg serba kekurgn..........huhu....
Wallahualam.....
Sekian, wassalam ^_^~

Thursday, November 26, 2009

Salam Eiduladha!!!

SElamat ari raya Qurban @ HAji @ AidilAdha sumer!!~^_^~
Sempena raye qurban, marilah kte sm2 mengenang kmbli ksh Nabi Ibrahim dan anknye. Bljrlh mengenal erti pngorbanan yg sbnr!~ (sbnrnye xtau nk tls ape d mlm2 ry ni)
JAdi di kesempatan ini, nk minx maaf laa kat korg sume dr ujung rmbut ke hujung kasut..hok3x. Klu2 ade slh silap, mintak maaf lahir n batin! Jgn dismpn lam ati! Klu aku ade bhutang pape dgn korg, esp duit ke....sile la bgtau, kot2 tlpas pndg or xigt lgsg.
Nk ucapkn time kasih gk to my parents: mak, abah, fmly, kazens, friends dr tadika, skol ren, fardu ain, skol men, ma3x, & uia. Hrp maaf & time kasih di ats pgbrnn kalian sume dlm melayani kerenahku!~ heehee
"Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Ibrahim: 4)