Warning!!! This is a personal blog owned by a-girl-not-yet-a-woman, so she's a lady. She has her own view about the world. Please ignore the words-spelling-sentences-grammatical error that girl (I) used. If you want to copy any links, topics, pictures just let me know and link it back here. Thank you.

Tuesday, March 27, 2012

Gunakanlahbahasakebangsaankita

Entri ke3 for today.. haishhh

Nampak sgt xde keje aku ni LOL. owh, waktu2 kritikal kan dh brakhir...hahahaa (skrg kt opis just siapkn keje btimbun,, sbb xlerr urgent pom)

Haishhhh niat di hati nk tdo awl kih3x., tp xngntuk lg howw??

Luahan hati (ecewah):

Ya, saya tahu blog saya ini tidak boleh dijadikan contoh tauladan yang baik. Hal ini kerana bahasa yang saya gunakan dan tatabahasanya amatlah teruk. Tetapi jauh di sudut hati saya hendak menulis tulisan yang berilmiah agar bermanfaat kepada semua pembaca, terutama sekali kepada para pelajar. Saya memang teringin sangat hendak menulis seperti ini, tiada masalah tatabahasa dan salah ejaan. Namun begitu, sekiranya saya menulis se-baku ini, kemungkinan saya rasa tidak selesa dan anda mungkin bosan untuk membacanya. Oleh itu, menurut saya, saya mestilah melakukan sesuatu yang saya suka dan minat, bukanlah untuk menjaga hati orang. Iya, menjaga hati orang itu perlu, tetapi jikalau orang itu tidak tahu pun kewujudan blog saya, mungkin beliau tidak perlu sakit hati dengan perosak bahasa saya seperti saya. (U.p: orang = pencinta bahasa)

Saya teringin sekali menulis blog yang berbaur cerpen (meskipun @miskinpom  saya tahu saya tidaklah sekreatif mana). Namun begitu, kerana kekangan masa sebagai pelajar suatu ketika dahulu dan pekerja pada masa kini, saya tidak berkesempatan untuk menulis sebuah entri yang berbunga-bunga. Saya berharap kalian doakan saya, supaya suatu hari nanti saya akan memberi sesuatu yang lebih bermanfaat kepada masyarakat umumnya (haaa, gaya cakap macam YB sudah. mentang2 lah boss ko tu YB...ahaksss).

*******************************************************************

Ok done with bahasa jiwa bangsa post. kekekee....harap maaflah, dah lama xmenulis baku gini, msti ayat pn cam kelinggg...kui3x....

Semoga suatu hari nanti saya boleh berubah untuk menjadi lebih baik daripada skrg. InsyaAllah...amiiinnnn :))